Pengalaman Penempatan Pertama (bahagian 2)

Kami menginap di surau asrama SMK tersebut. Hampir seminggu aku di sana. Baru kena ambil oleh Guru Besar. Dalam tempoh hampir seminggu itulah macam-macam perkara berlaku. Semasa mula-mula sampai di asrama itu, kami dijamu nasi tapau dalam bekas polisterin yang bewarna putih…tapi ada kajian mengatakan bekas tapau polisterin bahaya. Boleh sebabkan kanser. Apa boleh buat, itu ja yang ada. Belasah ja lah. Seingat aku hanya dua atau tiga kali kami dihantar bekalan makanan tapau. Lepas tu dah tak ada. Kena cari sendiri.

Bab yang cari makan sendiri ni ada cerita lawak dia.Cuba anda bayangkan. Di sekitar sekolah kami menginap tiada kedai makan. Mahu ke pekan terdekat pun jaraknya lebih kurang 2 batu. Tetapi, nasib baik ada seorang ustaz beri kami pinjam motor dia. Ustaz Z namanya . Dia pun dari semenanjung jugak. Baik dan perihatin orangnya. Dari kelate.  Dia bagi pinjam motor saja, topi keledar tiada. Kami pakai serban atau songkok naik motor ulang alik ke pekan Kinabatangan…Sebelum sampai pekan kena “limpas”(lalu) balai polis. Seriau juga takut kena saman. Dalam kami bersusah payah cari makan, ustaz Z mempelawa kami makan malam di rumahnya . Kami pergi secara bergilir. Malam ni satu kumpulan, besok malam satu kumpulan.

Pada malam yang pertama, kumpulan pertama pergi rumah ustaz Z. Aku tinggal di asrama bersama kumpulan kedua. Kami pun terpikir:” diaorang sedap-sedap makan, kita malam ni nak makan kat mana”. Ada satu orang kawanku cadang bagus kita minta ihsan kantin asrama. Kami setuju sebulat suara. Pepatah ada mengatakan:”Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Apabila tiba di Kantin Asrama, ada seorang kawan kami menjadi wakil untuk bermadah dengan pekerja kantin: “Adik, ada makanan ka? Kami ditinggalkan di sini, namun tiada siapa pedulikan kami.” Ayat kawanku itu memang “power” dan lawak giler sampai pekerja kantin itu tersenyum macam mau ketawa sudah. Selang beberapa minit pekerja tersebut membawa makanan. Lega rasanya, kenyang juga kami pada malam tu.

Pada keesokan hari pula, tiba giliran kumpulan kami pula dipelawa oleh ustaz Z ke rumahnya. Bagi kumpulan pertama tadi mereka menggunakan taktik kumpulan kami. Iaitu dengan meminta ihsan kantin. Mereka juga berjaya.

Sebenarnya isu makan ini merupakan isu yang paling penting. Di mana-mana pun orang kecoh pasal makanan tak cukup, makanan tak sedap, makanan mahal dan banyak lagi pasal makan. Isu inilah yang banyak menyajikan cerita-cerita lawak semasa kami diperantauan ini. Bagi hari-hari berikutnya kami mula mencari makan sendiri berbekalkan motorsikal yang dipinjamkan oleh ustaz Z. Seorang akan menjadi” driver”. Kawan-kawan yang lain akan jadi pembonceng yang akan diangkut secara bergilir ulang-alik ke pekan Kinabatangan untuk cari makan. Kadang-kadang kami semua berjalan kaki sejauh 2 batu ke Pekan Kinabatangan untuk makan.

Pada suatu hari semasa kami berjalan kaki pulang dari pekan menuju ke asrama, kami singgah di pos pengawal Balai Polis Kinabatangan. Saja ja…untuk berkenalan dengan polis kat situ dan mengisi masa lapang . Ada lah satu orang polis yang sedang mengawal di pos tu. Dia pun orang semenanjung juga. Kami bercerita pasal sekolah masing-masing yang belum pernah kami pergi. Macam-macam diceritakan oleh polis itu. Ada satu cerita pasal sekolah kawanku yang agak lawak. Sekolahnya di SK Tundun Bohangin. Apabila ditanya pasal sekolah ini, pelbagai jawapan diperolehi mengikut orang yang ditanya. Ada orang kata jauh perjalanannya dari Kinabatangan adalah satu hari dan kena naik kapal nelayan. Yang lain pula cakap 2 hari baru sampai. Ada pula yang cakap 3 jam sahaja naik bot dari Sandakan. Kami pening mana satu yang betul ni???……Rupa-rupanya semua jawapan itu betul…..UNTUK MENGETAHUI BETULNYA JAWAPAN ITU..ANDA PERLU MENGIKUTI KISAH INI SAMPAI HABIS…..BERSAMBUNG.

Pengalaman Penempatan Pertama (Bahagian 1)

Pengalaman penempatan guru di kawasan pedalaman Sabah adalah pengalamanku yang tidak boleh dilupakan. Pada awal Januari 2005 adalah detik permulaan bagi semua pengalaman berharga itu. Tarikh yang sebenar aku tidak ingat, kerana aku bukanlah seorang pencatat yang baik sebagaiman Ibnu Batutah yang mencatat segala aktiviti pengembaraannya. Aku tiada diari khas untuk catat semua pengalamanku. Jadi aku tulis blog ini sebagai catatan supaya segala memori berharga tidak hilang begitu sahaja. Maklumlah semakin hari semakin merosot prestasi ingatan..semakin tua katakan.
Sebelum sampai surat suruh lapor diri di Sabah, aku cek di internet. Aku ditempatkan di Sabah. Mungkin disebabkan aku masih bujang, maka aku dihantar kesana. Sebelum ke sabah, kami guru-guru baru yang akan ke Sabah dilonggokkan di sebuah hotel di KL. Kemudian ke KLIA untuk naik “flight” ke Kota Kinabalu. Sampai di KK, kami dikumpulkan di Hotel Berjaya Palace. Di situ kami diberi taklimat dan sekolah penempatan. Ada yang minta tukar dan ada yang pasrah. Sebabnya nama sekolah indah-indah belaka dan ramai yang tak tahu keadaan sebenar sekolah masing-masing. Orang tempatan tahulah sebab kawasan mereka. Macam-macam cerita aku dengar tentang sekolah-sekolah tersebut. Aku ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman dalam daerah Kinabatangan. Ada seorang rakan guru, orang tempatan cakap: “Wah tempat kau ini ada kapal terbang…bas pun ada. Tetapi kalau mau naik bas kena keluar pagi-pagi dan bas balik semula pada tengah harinya.” Aku fikir..ok tempat ini. Ada bas…mungkin macam kawasan Felda di Semenanjung..Lagi pun siap ada kapal terbang lagi tuu..Kawan-kawanku yang lain puji dan beri sokongan moral. Begitulah keadaan kami…saling berbincang keadaan sekolah yang bakal kami pergi menabur bakti demi anak bangsa.

Hari demi hari semakin kurang guru di Hotel Berjaya Palace itu kerana telah pergi menuju daerah penempatan masing-masing. Yang paling akhir ialah daerah kami iaitu Kinabatangan. Penerbangan kami ke sana ditangguhkan 2 hari. Kami pun menikmatilah makanan dan prasarana yang terdapat di hotel tu. Sempat lagi kami pergi ronda-ronda di Kompleks Karamunsing. Yang lawaknya..ada seorang kawanku kasi patah itu kunci bilik hotel…macam mana boleh patah. Dia kena ganti…RM20.

Apabila tiba hari bertolak ke Kinabatangan, kami ke airport untuk menaiki pesawat Fokker MAS. Semasa mau berlepas, macam-macam gelagat ada. Maklumlah kapal terbang kecil. Bergegar…takuut…Lebih kurang 50 minit kami sampai di airport Lahad Datu. Kinabatangan tiada airport. Kami dijamu makan tengah hari . Kami diberi nasi tapau oleh pihak Pejabat Pelajaran Bahagian Lahad Datu. Taklimat  ringkas juga diberikan kepada kami. Pelbagai janji ditabur kepada kami oleh pihak pejabat..” Kamu masuk sekolah setahun..lepas tu boleh mintak pindahlah…jangan risau.”  Selepas itu kami bertolak ke Kinabatangan dengan menaiki bas. Kami berhenti solat jamak di SMK Sains Lahad Datu. Semasa dalam perjalanan aku lihat kiri kanan semuanya kelapa sawit. Lahad Datu merupakan kawasan Kelapa Sawit yang terbesar di Malaysia.

Lebih kurang satu setengah jam sampailah kami ke sebuah SMK di Kinabatangan. Sekolah baru..besar macam kolej. Di situlah pusat transit kami sebelum ke sekolah masing-masing…Fuuh!.jauh perjalanan. Semasa di situ banyak kisah-kisah lucu yang mewarnai hidup kami ketika itu……BERSAMBUNG.